29.12.10

Kursus Lesen

Peace Be upon You.

Sukacita dimaklum kan.Saya,Safiah Sokher.Alaaa yang handsome-handsome tu.Sebenarnya,aku ni Hannah Montana!!Ish,I lied.Gotcha. :p

Tadi kan, Tadi, Baru je petang tadi.Saya pergi amek kursus lesen!Haiyaaa happy nya.So,kalau u olss nak pergi jejalan ke kan,Call aku.Tapi kena cas la eh.Takde kerja free sekarang ni ;D

So,u olls doakan la aku dapat pass lesen tu sekali je an.Tak payah nak mengulang banyak kali kan?

Eh,tadikan BEST sebab cikgu aku tu asyik buat lawak je.Syok.And thank you lah I'm not alone.Aku dengan Lany,Dee and Amer.Tak boring ada member!Hihii.
Okay,daaaa reader.<3 you,

28.12.10

Avoid

Peace Be Upon You

Safiah.Blur.Takde Perasaan.Manja.Hmm agak sinonim la.
Safiah.Cerdik.Pantas.Jahat.Uihhh jauh bara dari api.Hahahaha.

Maybe u olls tak percaya kot yang aku ada sayang makhluk ni sesangat lah sangat.Actually bukan sayang macam BF-GF tau,sayang macam sayang dengan diri sendiri tuu kan.& don't ask me who okay or jantina beliau.Aku perlukan dia macam oxygen.. <--Ayo,hiperbola la pulak.Abaikan.

Drum rollsss...

Avoid ***. Kata seorang makhluk ni.

I was like "WHAT". Ini tidak adil bagi ku.Ini tidak adil baginya... (lagu Yuna,Penakut)
Then aku replied
"Ish,ko tak paham la,dia baik tau"
"Why u wanna take that risk.If *** was good for u,bla bla bla bla......."

So,conclusion nya,jangan la sayang orang lain macam sayang kat diri sendiri.Boleh je sebenarnya,kalau ko boleh handle any problem yang comin' soon.

23.12.10

Sibling'sDayOut

Peace Be Upon You
Heehehe actually Sibling's Day Out ni hari isnin tori.Tapi sekarang baru terasa nak update.ngee.Yelah,dah nak setat kerja ni,Manager nak pekerja nya pakai kasut.Ding Ding disitu dapat idea nak beli kasut baru!!Wah Wah bukan main excited ni tau! Ha!Cantik tak!Aku boleh fall in love dengan kasut ni at first sight tau.At first,aku nak beli converse (kan 15 things to do before I die 15# is collect atleast 3 convesre shoes,so nak setat sekarang la) then pergi kedai Converse pun asyik teringat-ingat kasut putih pink ni je!Walaupun nampak cam ladies,tapi aku beli jugak! :p
Hmm konon nak beli jersey.haha.Eh,ye ke?Tapi aku rasa takat beli jersi yang nak pakai sendiri,kat rumah,beli yang RM10 je la kan.Tapi kalau nak beli untuk Si Dia,mahal sikit takpe.Ceh Ceh,sedap!
Kan aku dah cakap,yang berdua pasti ada yang ketiga!!
Ha,ni lah dia,Sokher-ian.They all ni my backcone tau.Tenkiu bebeh.

Ni kakak,Ha,tapi dia rendah sikit dari we all.Dalam family ni,lagi muda lagi tinggi (yang perempuan je la)Tapi oke la,comel kan?

Dalam banyak-banyak photo,Fiana suka yang ni sebab dia kata nampak kurus.Eleh,dah gumuk tu gumuk lah.:P

And malam tadi pun keluar pergi Danau Kota dengan Abang Ipin.Actually,bukan tau jalan pun,tapi tetiba aku teringat jalan pergi Danau Kota kan sama dengan jalan nak pergi sekolah aku..BONUS.Nak memantap kan lagi,aku pergi google maps.Tenkiu Google,takde kau,tak sampai la Danau Kota tu.ish ish.
Tengah best-best cuci mata,pikr nak bei tudung.RUPANYA,duit tertinggal.Sengal.Tapi nasib baik la korek-korek beg tu ada Rm10.ha,ni lah untungnya simpan duit sepah-sepah!Then beli la we all baju sehelai.Ingat kan murah,amek ko RM25 sehelai.Bukan apa,tempat-tempat gitu wujud jugak harga baju camtu.Yang paling penting kena lecture sket dengan abang."Apa lah be
li baju memahal".ahaha.Then round-round sampai Damansara.SYOK KOT.amek kau pukul 1 baru balik rumah.Hmmm tenkiu Abang Ipin.

22.12.10

Statement ingat sampai mati

Safiah Sokher Statement yang anda kena ingat sampai mati oleh Safiah Sokher yang berbunyi:Bebudak remaja tak dapat internet sejam dah macam nak mati.Padahal,banyak lagi benda boleh buat.Agaknya,kalau internet bersama laptop boleh bawa masuk kubur pun nak pergi bawa masuk jugak.Tahniah la kalau anda dalam golongan ini,tapi ingat,inte...rnet bukan sekadar chatting,blogging dan bermain game,penting untuk benda lain jugak

See MoreMonday at 2:37pm Friends Only · ·

Peace Be Upon You

Ha,ni dia statement yang aku buat kat FB sampai 16 orang likes!Yeahh (takde lah bangga,tapi...)
Sorry la,aku suppose to printscreen benda ni tapi al-maklum la guna computer je,ni lah THE BEST aku boleh buat.Hehe.

Agak-agak kenapa aku buat statement ni?Hmmm,sebab time ni aku tengah geram.Gentle.Ye lah weyh.cuba fikir,kalau internet ni digunakan untuk chatting,blogging dan bermain game je baik la kau pergi tidur sebab tengok skrin lama-lama pun boleh tambah rabun je.Dah la asyik leka dengan internet hingga tinggal semua buku,kerja rumah,tanggungjawab sebagai anak,murid,suami,isteri dan yang paling utama ISLAM.(ni untuk orang yang selalu terlajak solat.bukan perli tapi hakikat,aku pun tak perfect)

Internet umpama pisau.Kebaikan pisau boleh potong buat oren dan buah oren tu kita boleh makan.Baik kan?tapi bile pisau terkena tangan, luka.Sakit kan?

Hmm,kawan,nak main internet biar lah berpada-pada.Had kan masa dalam satu hari berapa jam nak guna.Atau boleh jugak online kejap-kejap tapi banyak kali.HaHaHa

Cuba guna internet untuk belajar benda baru.Baca benda yang berpatutan.Baru lah tambah ilmu.Cth,kalau anda minat nak masak-masak,boleh google about resepi ke.Then share dengan kawan-kawan via FB,blog etc.

Maybe,You all pun akan cakap "hey,biar lah,internet they all bukan kau yang bayar".HA!Tapi think from the bright side.Bukan ke masyarakat yang menghabis kan masa di internet dengan chatting,bermain game tu umpama orang dungu??Tak dapat infomarsi berguna lansung(Siapa rugi?DIRI SENDIRI jugak).Sebab they all tu akan duduk di dalam alam maya tanpa sedar dunia reliti yang diorang tengah jalani ni..Ha,kenapa dekat statemet di atas menyentuh pasal "blogging"??Adakah saya memerli diri sendiri?Mungkin.Tapi,ni khas untuk mereka yang berbelog tapi suka mengupdate cerita sedih mereka sendiri.Bukan apa,tak salah nak meluah kan rasa,tapi lebih baik jika cerita sedih tu di olah.Olah macam mana??Ikut kreativiti,setengah orang dia olah kan cerita tu seperti orang lain yang mengalaminya,dari situ anda boleh membantu diri anda berfikiran lebih kritis.Hmm maybe kalau sedih biasa-biasa boleh kot,tak pun sekali-sekala,ni tak,entri dalam satu bulan tu je update benda sedih,we as the reader pun macam hilang minat nak jadi follower.Gentle.Macam la tak benda yang happy kat dunia ni.So,better update benda happy-happy :D

Cakap banyak pun tak guna.Got to go.Bye.!!Ha,ada pendapat nak dilontarkan?Sila komen :D

20.12.10

Cukup 9 A!

Peace Be Upon

Assalamulaikum,perhatian kepada semua pembaca,disini ada satu pengumuman,Saya,Safiah Sokher dari kelas 5 Vokasional Fesyen 2,SMV ERT Setapak dengan penuh dukacita+sukacita nak bagitau yang SAYA DAPAT 9A for SPM ni.Amin.

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi,saya rasa terharu sebab hari ni last saya pakai baju sekolah accept kalau saya amek F6.Tapi,TAK MAU LAH amek F6.Tengok lah buku Tamadun Dunia dia tuh.Ish Ish.Lepas ni saya pasti bakal wajib rindu semua orang termasuk lah acik-acik cleaner kat sekolah yang baik hati,acik demam(acik kantin sekolah aku,asal org bagi duit besar sikit je nanti dia mengeluh pastu dia cakap "adoi demam,demam"),Semua guru-guru yang yang tak ingat nama aku tapi dia tahu nama bapak aku je (ish),Junior batch 2010,My PRS,Cikgu Nina,Mesrarian,Tongol's,Bebudak Dorm Berjaya(2009),eh,semua lah aku ingat accept lau aku koma.Ha-ha.

Enough la cerita pasal ni.Bukan apa,takut air mata melele je.Aku sayang kat they all ni walaupun masa 1st day masuk SMV ERT S tu rasa macam dekat "ehem" je.Dah la rules yang "ehem" tu,dengan warden yang "ehem" tu,uit macam-macam lah.

Memori Best
adoi,nak aku elobrate ke?Gile ko nak baca kang.Yang penting,semua kerja jahat aku tu semua kenangan manis.Plus,adoi,bebudak PRS aku lagi.Sayang you all.Tanpa you all,siapa lah aku.haha.Ha,lelagi time spot-cek.Handphone tak kantoi.<---nada riak.ahha.

Memori tak best
H.I.S.T.E.R.I.A haha.amek ko.Eh,tak la,time ni best jugak ape.ahhaha.Time tu la bukan main femes lagi sekolah aku kat dada-dada akhbar tau.harap bersabar je la pihak atasan mengatasi masalah kan?Lagi best semua orang fly asrama.Yes yes yes.

Gambar?
Hmmm malas la nak pergi cucuk pendrive.Biar kan lah gambar-gambar we all jadi memori dalam kepala aku.

VERTION's
I'm goin to miss all of you.Aku nak doakan untuk kawan-kawan aku agar berjaya di masa hadapan,berjaya di dunia dan di akhirat and minta-minta lah takde yang culture shock.Amin.

Pasangan.
I'm just following the flow. :papai.

NOTE:Kepada member-member ERT yang dah sampai kat sini,You all ingat tau,FORGET ME NOT because I will always remmeber you all!Rajin-rajin tegur kat FB and jangan lupa text (jgn la kedekut kredit sangat).Aku tak kisah la you all celcom ke,Digi ke,nak message tu,txt je.And,jangan lupa wish B'day aku tau.Hmm nanti kalau aku sedih nak ngadu kat sape ek??Adoyai,dah setat nangis.Sob Sob :'(

19.12.10

Sejarah

Peace Be Upon You

Okay.Ada la request dari oghang ni dan dia minta ID dirahsiakan.Dia nak tau sejarah bercouple aku.Hish,bodoh tol.Ha,hari isnin ni aku delete post ni tau,sebab tak berguna lansung post ni and this would be the funniest,silly-est and i hate this entry.Forever.

1.Cik Ali(bukan nama sebeno)
Okay,aku tak tau la aku ni kapel ke dgn dia,tapi memang ada perasaan suka-suka gitu.Pergi rehat sesama,balik sekolah pun dia hantar aku sampai ke pago.Aku ingat dulu markah Math aku turun gile and aku nangis (alah,gedik betul) then dia datang la.apa korang panggil?Pujuk?Ha,acceptable lah.Dah la siap bagi cincin pulaknya.ishish.Cincin tu kalau tak silap,bentuk bulat and batu bunga-bunga.HAHA.Oh,time ni aku darjah 5 ke 6 entah.Hahah.Kan aku dah cakap,bodoh tol ada perasaan time tu.Definately puppy love.

2.Cik Abu (bukan nama sebeno)
Yang ni time Form 1.Entah macam mana boleh kenal.Ha,dia ni best.Haha.Sebab dia selalu top up kan aku.(eh,selalu ke?)Tapi time ni memain je.Last2,tak tahan nak berlakon konon suka kat dia,clash.habis cerita.

3.Cik Dinn (bukan nama sebeno)
Aku kenal time F2.Senior aku la suruh aku text dia.Aku time tu tengah kuciwa pun,pergi je la layan.Dah member-member tu,kapel time aku F3.Ha,ni aku kapel paling lama.Perasaan?Ha,sikit-sikit la.Then time aku F4 aku dapat tau dia ada awek pulak.Dah,clash.Senang?

4.Cik Bakar (bukan nama sebeno)
Haha,ni pun aku kapel time F3.ha,dia ni best sbb dia baik,caring giler weh.Hmm perasaan?sikit-sikit la tapi dengan dia la aku kapel paling kojap.Hmmm nak buek ape kan,dah caring sangat sampai rimas (sikit) and dia pernah tipu aku,amek kau,aku mintak clash. :p

Yeay.Crush.Ade ade.Ni aku crush dari F2 tau sampai ler sekarang.Ha-Ha.
Tapi tu la.Meh nak kongsi prinsip sket "kita boleh minat sesape yang kita minat,tapi jangan la taruk harapan yang tinggi kat orang tu" ok?

Soalan:ko tak sedih ke org len dah kapel kau belum?
Jawapan:Tak.Sebab single is heaven doe.Plus,I got plenty of friends to cheer me and ofcourse la Khairul ada.Apa nak sedih?And Family,they all pun aku tak terlayan.BF cmne pulak?

18.12.10

Kehilangan

Peace Be Upon You

Alhamdlillah kita masih dapat menghirup oxygen segar dibumi ni.Sebenarnya,saya baru je dapat berita yang Tok Cik saya meninggal dunia.Innalillah.Moga-moga pemergiaanya di cucuri rahmat.Al-Fatihah.

Sebenarnya,saya tak rapat sangat dengan Tok Cik saya tapi ye lah,keluargakan.Sedikit sebanyak terasa jugak.

So,kita yang hidup ni kena lah hargai usia kita sementara ni.Buat amal yang baik-baik belaka,tapi jangan nak menunjuk saje,haruslah Ikhlas.

Eh,sebelum saya membuka ceramah panjang lebar,lebih elok saya akhirkan disini.Assalamualaikum.

Meng-isi hati Norfa

Peace Be Upon You
Okay okay,saya dah besar.Biar saya yang tentukan.Saya dah buat keputusan,jangan halang.Saya nak join Segmen Isi Kekosongan Hati N-I-R # Life & Journey!

Ha-Ha,pagi tadi aku melayan kebosanan dengan mem-blog walking ke belog-belog bloggers semua sampai lah terjumpa blog Kak Norfa.Hmmm interesting tau sebab dia buat xtvt gini dan disamping itu dapat mengeratkan silaturahim antara bloggers kan?Hmm you pun nak Join?Ha,click sini!Join,jgn tak join!!

Terdapat 10 kategori yang diketghkan and you all should check it out dekat Link above.And aku?memilih untuk mengjoin kategori Aku 'Pink'.Okay,actually I'm not that kind of pink but since I got Pink Layout,so why not kan??

Hai Kak Norfa!!!

Safiah Day Out


Peace Be Upon You
Okay,semalam hari TONGOL'S.Yeahhhh.Tapi memula,aku nak setat dengan menceritakan sejarah we all.
Ditubuhkan pada tahun 2010 bulan berapa?aku tak ingat.-,-...Bermula dengan Alya,Nadia,Leha dan Wedot yang menubuhkan geng TONCET they all and Kerie n Mira yang menamakan diri they berdua DOGOL.(kalau u all perasan kat name tag Mira n Kerie ada huruf "D" after nama dey all yang bawa maksud DOGOL).aku pulak?Aku ni sensorang aje.So,TONCET+DOGOL+S'PeaKher=TONGOL'S.Hehe.Dulu kan,toncet and dogol selalau bergaduh au,aku pun tak paham la asyik betekak je.Tapi bukan gaduh serius la,cuma gaduh gurau mesra gitu but somehow memang memekak aje!
Bagaimana boleh bersatu?
Menurut kajian aku,maybe they all nak berdamai kot,tu pasal la they all bersatu tambah-tambah pulak they all ni bersengkokol dalam "program Mari Menyakat Haziqah Affendi".Harhar (ikut suka je aku nak bagi nama program!)Then selalu la lepak sesama,mengajar budak PBSM berkawad,makan dekat table sama,sementara nak menunggu Maghrib lepak sesama,study sesama.
Pada suatu hari
Aku lepak la dengan Alya,then dia mention Tongol.At fisrt aku terasa macam orang menumpang pulak.Ye la aku ni kan rapat dengan they all.Then Alya cakap aku pun termasuk dalam Tongol.Time tu aku macam "awwww,biar betul!After that aku pun pepandai la buat Tongol+S'peaKher=Tongol's.Ha,fair and square!

Dah,jangan lari tajuk!

Semalam after extra class,we all terus gerak Mid Valley.(Yeay)Sampai,terus serbu Pizza Hut.Hmm Yummay!Sesedap makan,we all fikir dalam rm70.00 aje tetapi dapat bill je,hmmm purrrr terlebih bajet.Kot lebih rm10 takpe ahh,Tax mahal doe.Pengajaran:lain kali makan food court aje.hahah.Then jalan-jalan cari tempat boling.Memula aku takut nak main sebab aku dah lama tak main.(Ha,boling pun mahal jugak tau.ish.And you tetau aje la boling kat Mid tu gelap doe,tak family-iar lansung,so tak sesuai la nak bawa budak kecik-kecik.)Dah la bebudak ni sakat "siapa menang belanja Big Apple!".Sedap aje order,mentang-mentang masing-masing tak berapa reti main,yang menang jadi mangsa?Then tengah main tu,markah si Mira pulak Up.Terus tukar deal,"eh,siapa kalah la belanja".Ha,sedap je dia!And keputusan final is,AKU LAH MENANG tapi skor 71 je pun.

Ha,meh aku nak cerita kisah dalam KTM.You all tau,nak balik tu time orang balik kerja.AMEK KO!KTM sumpah penuh macam tin sardin dekat pasaraya rumah you all.Aku masuk Ladies Couch an,nampak lelaki,pelik aku.Dah la aku duduk depan lelaki pulak nya!Then aku satu group manusia bongok berjantina lelaki,masuk Ladies Couch terus tolak-tolalk we all and aku ni ha tersepit macam sepit rambut kau.Aku ni risau kena pick pocket or jadi mangsa gangguan fizikal je.Ish,geram aku time tu.Then aku terfikir,lain kali pergi Mid naik kereta je. :] aku rasa pihak yang bertanggungjawab kena la jaga train tu AGAR leleki tak berguna TAK MASUK LADIES COUCH!Dah terang-terang announce diberi "Lelaki dilarang memasuki koc wanita,Man are not allowed in ladies couch".Pekak ke bodoh?Or,amek je tindakan denda Rm1500 ke.Padan muka!

Akhirnya aku selamat sampai di rumah,and malam pulak pergi Ampang Point,hantar resume kerja aku tu.Minta-minta dapat la.Amin.

16.12.10

Thank You

Peace Be Upon You
Hahahaha.tq r apy an *** erk.
Sent:
14-Dec-2010
12:48:21 am
Hahahaha.You make me smile ***.










So,*** Thank you!
This universe would be bored without you.

Can I Have This Dance?


Peace Be Upon You

Hi readers!Have you check out my "15 things to do before I die" pages?And I think you should have it to.I get the inspiration to do the list from The Buried Life show.Haven't you watch it?Ahh,aku tabik springgg kat they all lah.Show ni realiti tau dimana 4 jejaka handsome,Ben,Duncan,Jonnie and Dave buat 100 thing to do list and walaubagaimanapun they all kena complete jugak list tu.Nak tau apa list they all.Click Here!and don't forget to watch them every Wed,(idk what time,tapi malam lah aroun 10?)Dekat 8TV.

Hmm I've been thinking about adding another 2 thing to do before I die.
16th.Have my own show like "the Miley and Mandy" show.harhara.Wanna be my partner?
17th.Dancing with my dream boy .Eh KEJAP,mana boleh la kan?Ye la accept if I've married the boy.Ah,acceptable lah.KahKahaKah

Okay,agak-agak kenapa aku taruk titlle "Can I Have This Dance"?Hmm alaa you all tak perasan ke aku dah tukar lagu Can I Have this Dance.Aku rasa enjoy la bila dengar lagu ni,harmoni je hati aku ni.Ye laa,tori aku tanya Lany,"suka tak lagu blog aku?" then she replied "nope,everytime aku pergi blog ko,aku kena pause lagu tu".Haaaa,thats why la aku tukar lagu yang sentimental dan relax sikit.Actually I've been thinking nak letak lagu Yuna Deeper Conversation or Rocket kan tapi aku tak tau nak cari lagu melayu kat mana lah.Ngee.

Siapa pernah dengar lagu Punk Rock Jalanan.Ha,ni abg Khairul la suruh dengar.Abg punya pasal,aku dengar je laa.Hmm okay lah,atleast suara baby comel tu memikat hati aku and the liriks very touching (a bit atau erti kata lain,JIWANGS)

And Paramore pulak,bila aku dengar lagu they all kan macam memahami aku je.Ish Ish.Okay la,takat ni je,kang aku bebel pasal musik fenin pulak you all baca.

Bye-Bye

15.12.10

Tinggal 1 A je

"tinggal 1 A je"

Ehh lupa nak bagi salam.Peace Be Upon You :D

Alhamdulillah akhirnya.Goodbye School Hello WORLDS!Lihat lah,Safiah Sokher dah nak habis sekolah ni.and going kerja.Dapat duit,simpan.Ehehe. (Safiah,jgn nak berangan habis)

Hmmm after ni aku sure confirm wajib rindu sekolah ni.After ni aku nak buat pages khas untuk kengkawan sekolah!!ngeh ngeh.

Semalam aku dapat berita buruk.Hmm lemah la juga jantung aku ni.Tapi,demi exam,aku kuat kan jugak semangat.Meskipun aku berkelakuan pelik namun rakan dorm tetap oke dgn aku.ITULAH KAWAN.Thank you la kerana memahami.

Dan pagi tadi pula Abg Wi text.
"kak piya blew nak nenok itew.Itew comey mcm ayah itew macho"
At first aku phm,tapi takpe abg punya pasal reply la
"Piah exam lg laa"
"owh,nanti itew nak pggl apew niew?mak tam ke,mak tih?"
~~~dah dpt tangkap daa KAK IPAR AKU DAH BERSALIN DAAA~~~
"owh,kak ifa dah bersalin.Alhamdulillah.Apa namanya?"
"Nailah Al-Farafisya" (aku bukan apa la,hebat betul nama!)
"apa maksud tuuu?"
"itu kan isteri Saidina Utman Bin Affan.maksudnya semacam serunai,lemah lembut,mendayu-dayu suaranya"
(FUYOO.pandai abg aku pilih nama!!)
"Owh,alhamdulillah,ok lah piah exam kejap lagi ni.Salam"

Plus,sepupu aku pun dah bersalin on the same day.Alhamdulillah.Rezeki semua tu.Kan aku da cakap rezeki tu macam-macam rupa. :'D Minta-minta result SPM aku pun masyuk laa.amin

12.12.10

Merasaterasa

Peace Be Upon You
Pernah tak u all merasa terasa dekat sesetengah orang yang buat korang terasa?Maybe u all pernah rasa kot apa yang aku rasa sebab orang yang suka buat orang lain terasa memang wujud.Mereka tak rasa ke peRASAan kita yang sesangat lah terasa ni?Kepala hotak orang yang membuat orang lain terasa letak di mana?Tapi,maybe tarak guna jugak lah kalau asyik nak buat terasa je.Mungkin kita pun pernah buat orang lain terasa,tapi bile terasa tu kenapa tak terus terang je?tak rasa ke benda ni semua small matter yang kita boleh buat bincang.JANGANLAH TERSENTAP.

Fuhh memang ajak lega lah bila dah meluah kan perasaan terasa ni.Biasanya kalau orang perli aku ke,apa aku buat tak kisah.(act kisah tapi aku ignore je)Sebab aku fikir mulut manusia takleh nak tutup.And kalau orang cuba nak jealous kan aku/cuba-cuba nak sakitkan hati aku,aku buat macam takde pape je.Tapi tu la kekadang aku angin tak hengat jugak.

Agak-agak kenapa logo FB kat sini?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kenapa delete aku from FB kau?

11.12.10

The Interview


Peace Be Upon You
readers,ohh today's interview was like mm-oh-um-oh GREAT!What I thought is is like PRS interview (like I had when I was Form 1) which I was dikeliling with the manager and asking me this and that!But it turn out to be easier.Isi borang and bincang gaji sikit-sikit.Fuhh.Atleast I don't have to answer this and that!Ha-Ha.
Okay,rasanya dapat kot.Amin.Huh,seronoknya kerja nanti.Lagi-lagi dah pegang duit.Aih,tangan gatal la pulak!!!!Hmm pape pun doakan dapat lah yea.Okie -dokie.

10.12.10

Yes Yes Yes

Peace be Upon You

Guys!ei saja nak share berita gembira dengan you all ni!!!

Tadi kan
Tadi kan
tadi
baru je tadi!

Brands Outlet punya (whats the words?!!!) ok,idk something like manager ke ape,call aku!!
Aku dapat interview for part time job!! Happy!!Doakan aku dapat tau!Please!

Award.Tq HAWA LEMON


Peace Be Upon You :D
Actually,aku tak tau lah nak update hari ni.Puas jugak aku guling2 kat katil nak fikir topik.Finally,dapat topik!!
Thank you very very much kat Hawa Lemon sbb bagi award dekat followers dia.So creative and sweet ; D But. (there's always a but huh?) Hawa Lemon ada request..
*tulis 10 perkara tentang awak yang orang lain tak tahu*
heheh.macam main truth or dare.tapi takpe :D
1.saya tak suka duduk dalam bilik yang gelap.tak bernafas la kulit saya.hihi
2.Saya suka layan budak kecik yang mengada2.hhehhehe
3.Saya ikut kaki bapak.haha
4.Saya suka mengigau.
5.Saya tak suka pink sebenarnya,tapi pink tu ttp menarik.
6.mimpi nak Nokia C3 pink!!
7.Ramai tak tau saya minat Linkin Park.
8.Saya tak langgan chanel movie and MTV etc (ramai la suruh saya tgk muvie and etc kat ch tu)
9.I'm a homie. :))
10.Saya lah Hannah Montana .hihi
Hmm macam mna ya?actually banayak yang you all tak tau.Malu lah nak bagitau kat sini.Hahha.Siapa yang kawan dengan saya,tahu lah saya ni macam mana.

8.12.10

Sama,serupa.So,macam mana??



Peace Be Upon.This is going to be a short post.
Semalam aku pergi check out Yuna's FB.Then aku perasan lah SHAWL SAMA lah!!Actually dah perasan lama kat majalah Remaja keluaran (bulan berapa tak ingat!) heheehe.Then bukak profile dia terjumpa pulak.Apa lagi,save image lah!heehehh.Saje nak show off kat u all.jangan jeolous tau. :D

6.12.10

Terjumpa! awww

Peace B eUpon You no caption :p

Yawn,its been a long time I didn't do anything stupid!Oh,wait,I always been very stupid rite.Okay,no sigh -,-

This morning I went to jog-jog-jog yeah 1 round dah pancit.Fiueww.Buat malu je.Hihi.Then balik rumah,kemas-kemas sikit BUMM (tidur).Ha,amek kau tidur tahap tak hengat petang baru bangun.Ye la,kat hostel tak tidur,kat rumah balas dendam la!
Speaking of which,I miss hostel.Biggie timie!Especially Mesrarian and Tongol's.Aww,nati dah habis sekolah tak dapat nak menatap wajah kawan-kawan tersayang :(
opps,jangan lari tajuk!

drum rollss...

Just now nampak la kotak gambar lembu comel.Haha.Aku pun selongkar lah jumpa macam2.My prefect name tag and fokus utama ialah loves note.(aahhh)
loves note?
loves note?
loves note?
Siapa bagi?
Bila?
Kenapa dia bagi?
Apa kandungan nya?

Jawapan: ada la zaman dulu-dulu.Ala zaman budak perempuan kecil umur 14 tahun had a crush.Muah muahahaha.Apa ek,aku rasa u'all call it "skandal" ya?Okay lah acceptable!
Bila aku pegang je surat tu,aku teringat dulu aku baca perenggan pertama je aku dah menangis.Kenapa?Hmm was-was la nak bagitau.Kot-kot la si Dia datang singgah sini,Tak ke malu aku? :P
Tapi (ha-ha) tak boleh blah la boleh ada perasaan-g sayang menyayang dengan jantina berlawanan kan time tu.tak sangka aku dah besar sekarang :D.
tapi Honestly,aku rasa macam nak nyanyi je lagi Demi Lovato-Don't forget kat depan dia.Yelah,aku nak dia ingat aku sepanjang zaman macam yang dia pernah janji kat aku dulu.& I promise him the same thing.Somehow,I wanna turn back and felt that moment again.Wow,and i wrote a poem about it.Bluerrkkkk.
Apa pa pun,aku rasa tak macho lah aku nak tulis panjang-panjang pasal benda ni.Euww.I take all my words above back!I don't wanna turn back :p

2.12.10

Diari seorang budak

Peace Be Upon You

Haaa,aku ni bukan nya takde kerja.Saje melepas rindu kat komputer ni kan.Meskipun adik aku merayu-rayu nak guna komputer.HI-HI.Tengok lah aku godek-gedok photo ni.Aku jumpa pulak gambar si Demi Lovato&Selena Gomez.Alahaii sweet kan?Best lau dapat ronok-ronok dengan webcam gini.tambah pulak awak artis kan?
haa ni pulak gambar lelompat.Uih,seronok betul dia kan.Tapi,bila aku buat mesti tak jadi.Apalah nasib agaknya kan. (kejap,Safiah awak kena sedar awak tu guna camera apa,ish monolog kat sini pula -,-)
Yeahhh ni lah bakal jadi topik pada kali ini. :D

Sepanjang duduk kat asrama,boring-boring tu seorang kawan saya merayau-rayau dorm Junior yang kosong-kosong tu.Then,jumpa lah satu diari ni.Niat kawan saya cuma nak baca dan tak nak tahu pun lah siapa tuan nya.

Jeng Jeng

Dalam diari tersebut menceritakan tentang.. kehidupan dia yang sesangat lah merana tu.Kebanyakan nya pasal derita hidup dia,dan dia selalu mention yang dia ni tak lawa,miskin and semua yang negatif.Memang tak best lah nak baca.Lepas tu asyik nak sakit hati dengan orang je.Aduhai,apa lah nasib budak tu ya?

Pada pandangan aku,dia ni macam tak cukup kasih sayang,hidup dalam keadaan yang tak berkemampuan tapi,dia tak pernah cari kegembiraan sendiri.Dari segi kewangan keluarga,dia sedar dia tak mampu nak beli barang mahal macam kawan-kawan lain,bergaya macam remaja and etc dan dia juga terfikir nak ubah nasib keluarga tapi dia sendiri takde effort nak ubah.Bak kata pepatah "hangat-hangta tahi ayam".Hal ini dapat dibukti kan dengan statement dia "aku tau aku bla bla bla bla,duit tak boleh jadi penghalang untuk aku berjaya,tapi nak buat camne? ".

Saya bukan nak judge apa-apa pasal dia,cuma ingin saya nasihatkan disini,kita sebagai seorang remaja memang banyak keperluan yang kita mahukan.Ada orang yang dikurniakan rezeki melimpah ruah macam air sungai yang mengalir,ada yang dikurniakan rezeki secumit macam secalit water colour tapi bukan ke rezeki tu pelbagai-bagai?Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 ada lah satu tajuk ni "manusia perlu bersyukur".Di situ kita boleh lihat,contoh rezeki bukan wang semata-mata.Kesihatan tubuh badan,kebijaksanaan kita tu pun salah satu rezeki.

Dari segi rupa paras pula,wahai wanita,semua orang dilahirkan cantik.Cantik itu subjektif.Bagi saya,wajah buruk mana pun,kulit hitam legam bak burung gagak pun tapi kalau berbudi bahasa,berfikiran positif,ceria,kreatif,inovatif (and all lah) pasti anda automatik cantik,tip top lah!Berbanding dengan wanita yang lawa-lawa.Tapi,hampeh.Dari macam sudut hampeh.ish,ish.Tapi tak semua lah wanita cantik tu hampeh and vice versa.


Cuba pegang pada satu statement yang dipetik dari seorang kawan saya "kelemahan kita tu ialah kelebihan kita,sebab tak semua orang ada kelemahan kita".Ada betul nya jugak disitu.Contoh la awakl yang tak reti masak ,terselamat dari aktiviti memasak kat rumah sebab kalau dah tak reti tu,mesti tak diberi kepercayaan untuk memasak.Ha,tak selamat ke tu?tambah pulak memang ada kromosome tak suka memasak kan?ha-Ha.


Akhirulkallam,kita haruslah memandang masalah dalam hidup kita dari suatu sudut yang positif untuk mejamin kebahagian hidup.Life is beautiful.