2.12.10

Diari seorang budak

Peace Be Upon You

Haaa,aku ni bukan nya takde kerja.Saje melepas rindu kat komputer ni kan.Meskipun adik aku merayu-rayu nak guna komputer.HI-HI.Tengok lah aku godek-gedok photo ni.Aku jumpa pulak gambar si Demi Lovato&Selena Gomez.Alahaii sweet kan?Best lau dapat ronok-ronok dengan webcam gini.tambah pulak awak artis kan?
haa ni pulak gambar lelompat.Uih,seronok betul dia kan.Tapi,bila aku buat mesti tak jadi.Apalah nasib agaknya kan. (kejap,Safiah awak kena sedar awak tu guna camera apa,ish monolog kat sini pula -,-)
Yeahhh ni lah bakal jadi topik pada kali ini. :D

Sepanjang duduk kat asrama,boring-boring tu seorang kawan saya merayau-rayau dorm Junior yang kosong-kosong tu.Then,jumpa lah satu diari ni.Niat kawan saya cuma nak baca dan tak nak tahu pun lah siapa tuan nya.

Jeng Jeng

Dalam diari tersebut menceritakan tentang.. kehidupan dia yang sesangat lah merana tu.Kebanyakan nya pasal derita hidup dia,dan dia selalu mention yang dia ni tak lawa,miskin and semua yang negatif.Memang tak best lah nak baca.Lepas tu asyik nak sakit hati dengan orang je.Aduhai,apa lah nasib budak tu ya?

Pada pandangan aku,dia ni macam tak cukup kasih sayang,hidup dalam keadaan yang tak berkemampuan tapi,dia tak pernah cari kegembiraan sendiri.Dari segi kewangan keluarga,dia sedar dia tak mampu nak beli barang mahal macam kawan-kawan lain,bergaya macam remaja and etc dan dia juga terfikir nak ubah nasib keluarga tapi dia sendiri takde effort nak ubah.Bak kata pepatah "hangat-hangta tahi ayam".Hal ini dapat dibukti kan dengan statement dia "aku tau aku bla bla bla bla,duit tak boleh jadi penghalang untuk aku berjaya,tapi nak buat camne? ".

Saya bukan nak judge apa-apa pasal dia,cuma ingin saya nasihatkan disini,kita sebagai seorang remaja memang banyak keperluan yang kita mahukan.Ada orang yang dikurniakan rezeki melimpah ruah macam air sungai yang mengalir,ada yang dikurniakan rezeki secumit macam secalit water colour tapi bukan ke rezeki tu pelbagai-bagai?Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4 ada lah satu tajuk ni "manusia perlu bersyukur".Di situ kita boleh lihat,contoh rezeki bukan wang semata-mata.Kesihatan tubuh badan,kebijaksanaan kita tu pun salah satu rezeki.

Dari segi rupa paras pula,wahai wanita,semua orang dilahirkan cantik.Cantik itu subjektif.Bagi saya,wajah buruk mana pun,kulit hitam legam bak burung gagak pun tapi kalau berbudi bahasa,berfikiran positif,ceria,kreatif,inovatif (and all lah) pasti anda automatik cantik,tip top lah!Berbanding dengan wanita yang lawa-lawa.Tapi,hampeh.Dari macam sudut hampeh.ish,ish.Tapi tak semua lah wanita cantik tu hampeh and vice versa.


Cuba pegang pada satu statement yang dipetik dari seorang kawan saya "kelemahan kita tu ialah kelebihan kita,sebab tak semua orang ada kelemahan kita".Ada betul nya jugak disitu.Contoh la awakl yang tak reti masak ,terselamat dari aktiviti memasak kat rumah sebab kalau dah tak reti tu,mesti tak diberi kepercayaan untuk memasak.Ha,tak selamat ke tu?tambah pulak memang ada kromosome tak suka memasak kan?ha-Ha.


Akhirulkallam,kita haruslah memandang masalah dalam hidup kita dari suatu sudut yang positif untuk mejamin kebahagian hidup.Life is beautiful.

5 comments:

Anonymous said...

pandai aje berceramah kau

Anonymous said...

statement sape piah ?
haha
aku btol kan .
"kelemahan kite ialah kelebihan kita.sebab tak semua org ade kelemahan yang kita ada . org yg dipilih allah je dpt " selamat beramal . haha

safiah sokher said...

Aku tak ingat lah statement sape.Tapi mmg aku ada dengar orang tu cakap dekat aku.Alamak,lupa laaaa

Anonymous said...

sampai hati . aku ckp kan . haha

safiah sokher said...

Ehehe,Anonymous ni sape ye?? ;D.Maklum lah kalau dah ramai sgt yg berckp dgn aku,bg motivasi,ssh sket nk igt.tp yg penting "msg" tu sampai