30.5.12

Nasi Lemak emak ku ^^

Peace Be Upon You gegirls and boboys.

Selamat pagi (kalau anda baca time pagi)
Selamat Petang (Kalau anda baca time petang)
Selamat Malam (Kalau lepas baca rasa nak pergi tidur.HAHAH)


Untuk minggu ni,jap,aku rasa dah 2 minggu berturut-turut aku breakfast nasi lemak.Hold on,jangan buat muka terkejut monyet.Please lah.Selama ni aku jarang breakfast.Tak pun aku cuma makan seketul kuih dan segelas susu atau segelas air mineral je pepagi.Aku sedar dengan permintaan perut aku yang melampau-lampau ni.Dan hal ini berlaku sejak aku derma darah bulan lepas.Memula aku memang boleh control makan.Agaknya asyik contol je.body tak pat nak back-up tu yang bantai nasi lemak 2 minggu berturut-turut.Ke aku memang makan banyak eh??

Tak.Aku biasa makan nasi sikit je.Bukan diet lah!Makan secara sihat :) :) :)

Oleh itu,aku fikir time cuti 2 minggu terselamat lah aku dari nasi lemak.Sebab ni semua pengaruh kengkawan aku yang saiz perut cam monster suka makan nasi lemak.Yuhuuu.(jangan marah kawan.HAHA)

Ternyata aku salah.
*Ini Umi aku.*
Mak aku pulak yang buat nasi lemak!Aduyai.Sambal nasi lemak Emak aku memang gerenti sedap dan tak mengecewakan.Takkan la aku nak mengecewakan mak aku.Sebab memang feveret aku la kalau dia buat nasi lemak.Aku makan dengan penuh selera ^^

Jadi,malam semalam,aku cakap cenggini

"Piah ingat kalau cuti boleh la makan secara sihat sikit.Takde lah makan nasi lemak lagi.Rupanya Umi pulak buat nasi lemak..."
Then ayah aku gelak.Mak aku pulak jawab
"Selalu Piah suka makan nasi lemak,tu yang Umi buat"

Tetiba aku rasa sebak je pulak.Rupanya mak aku memang tahu aku suka makan nasi lemak dia.Tapi muka kena cover la,tanak nampak terharu sangat.Haih,tapi tu la,kalau emak kan,busy camne pun,dia tahu anak dia suka makan apa,dia tetap akan masakkan juga. Sayang Umi <3

Haritu masa Mother's Day,aku tak wish kat mak aku.Sebab aku nampak kat Fb kata nya Mother's Day tu harem disambut.Oleh itu,takde la aku wish kat mak aku.Then mak aku pulak cakap cenggini ;

"Piah ingat tak,masa piah kecik-kecik dulu Piah rajin buat card Mother's Day"
"Bukan la Umi,Piah baca Mother's Day tu haram disambut"
"Tapi,Umi dah lama tak dapat card.Masa birthday pun takde" *Bday Umi aku jatuh pada 14 Feb ye.eheh

Tak sangka la mak aku ingat benda-benda camni.Secara jujurnya,aku dah lama tak bagi mak aku wishes card.Tak ingat bila last aku buat.Sejak aku duduk hostel,time form 2 kot.Aku memang tak buat dah card2 bagai ni.Tapi kat ERT time form 5 dulu heboh buat card untuk adik angkat (Hazeeqa) Berlawan-lawan siapa tulis card paling touching.HAHA :'( Tapi kali terakhir aku buat wishes card untuk rakan-rakan time exam formatif 1 haritu.kot..Huhuh sampai hati aku!

*sambung perbualan*

"Takpe lah Umi,nanti Piah buat card eh" *sambil tersengih busuk.HAHA
"Tak payah la Piah,semua dah ber
lalu"

ahahaha,ayat touching mak aku!

Dan lihat lah dunia!Aku dah gemuk.Bulan lepas aku turun 5kg.Rasa 5kg yang dah hilang tu dah topup balik kot.Tapi takpe kengkawan,Gemuk Itu Menarik!! Oh kejap eh,aku pelik bila orang cakap aku kecik.SALAH.Aku kurang tinggi.That's why lah..Tinggi aku 154 cm je.Tinggi giler kan??

Dulu body aku camnilah.Mana ada lemak-lemak.Huahauha.Sumpah!Sumpah aku tipu *bajet lawak* LOL

Ya kengkawan.Kawan seofis dengan emak aku cakap cenggini

"Dulu masa Safiah duduk dengan nenek dia kecik je dia.Duduk dengan Kak Chah (emak aku) dah semangat"

HAHAAHA.Memang emak aku pandai bela aku.HAHAHAHA.Peace ^^
Saya sayang emak saya.Kalian??

2 comments:

Nurul Ainaa said...

wuhuuuuuu, makan naasi lemak bebanyak biar boroi :P

safiah sokher said...

Tanak boroi.Nak flat :p