25.2.12

Laporan Hari Ini

Peace Be Upon You

Tak fair.Aku bukan nye tengah boring sangat.Terlalu banyak benda aku perlu buat.Kekadang tetiba niat lari,lalu aku kena setting niat aku setiap 1 jam supaya apa yang aku buat ni berbaloi.Tapi bila fikir balik,setting niat setiap 1 jam?Tak ke macam memaksa diri?Akhirnya,nak tanak,itu jugak aku kena buat berulang kali.

Desakan ekonomi.
Aku rasa macam nak buat part time on weekends supaya aku tak perlu gosok-gosok badan mak bapak aku,and minta duit.Memang la aku ada tolong mak untuk jual-jual kuih tapi huh,tapi itu cuma cover duit poket sekolah yang untuk Isnin,Selasa,Rabu,Khamis dan Jumaat.Sabtu & Ahad memang lah takde nak belanja sangat tapi macam mana dengan keperluan peribadi macam top-up,pencuci muka dan lain-lain.Aku buat benda nuffnang ni tapi kena rajin menulis.Oleh itu,ni isi seterusnya.

Ketidakan kecukupan masa.
Ada ke perkataan itu dalam galeri bahasa?Ah,abaikan.Setiap orang ada 24 jam.Semua mengadu tak cukup.Sama lah dengan aku.Balik sekolah dengan entah apa-apa kerja aku buat akhirnya kualiti time aku hanya pada pukul 6.30 pm -7.30 pm sambil tengok cerita Nada Cinta.Tapi biasanya,time tengok Nada Cinta tu tangan tetap berjalan untuk potong plastik yang nak balut kuih-muih yang hendak di jual ataupun melipat baju.Time study pulak kekadang kalau bernasib baik,dapat aku gunakan 2 jam untuk buat homework kalau tak ada la tu keje aku kena buat.LOL.

Aku percaya,ramai yang rasa benda yang sama.Otak boleh rasa nak giler.Tu belum campur aspek emosi lagi.Huahuahua.Dengan orang sekeliling yang tak memahami.Nak aje aku hempuk mulut yang berkata.Takleh blah depan kemain manis ghupe nya~~Hak tuih.

Soalan:Kenapa kau rasa kau layak nak mengata orang lain dan merasa diri kau bagus?

Terasa?Tolong kurangkan pengambilan cili kalau tanak terasa pedas dan pedih. :)

Tak leh blah.
Walaupun dengan masalah camni,aku sempat lagi online FB lah,blog lah.Terapi otak la kunun.HAHHA.Oh,patutlah tak cukup masa.HAHAH :p

Oleh itu kawan-kawan,mari berusaha untuk menjalani hidup yang lebih selesa dan relaks.PEACE.

P/S:Let's screamin' !!!

Oh ya kawan-kawan,hari Isnin ni aku bakal menduduki Ujian Formatif 1.Hek eleh,ujian je pun.Pun bagaimana walau,ni tetap ujian,kena buat betul-betul.Kalau tak,buang masa je aku pergi sekolah.Baik kahwin dengan Jesse Mccartney.pfffft!Wish me luck!

4 comments:

najmi^^ said...

all right!

safiah sokher said...

Ahaks.TQ for dropping by

SimplySeoul said...

mmg bagus kalau buat part time job. make sure you're not too exhausted later. take care always.

safiah sokher said...

Yup.But that is on of the thing that I'm afraid of