2.8.11

Ramadhan is time for diet!!

Peace Be Upon You ;)

Oh yeah people.Some of us couldn't agree more!!But not me.Nahhhhh.Know why?

*for this topic,I prefer BM.Not English nor Manglish ;p

Okay.Kalau ikut definisi puasa.Puasa bermaksud menahan diri dari lapar dan dahaga (serta nafsu-nafsi) dari terbitnya matahari sehingga tergelincir matahari.
Manakala,Diet tu pula bermaksud pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan.

Makanya,lain definisi itu.Bukan ejaan je lain ye.Hehehe

tapi,memang tidak dinafikan time puasa memang majoriti manusia memang kurangan berat badannya setelah menunaikan ibadah puasa selama sebulan.

Tapi bagaimana dengan certain muslim yang sahur melantak 2 pinggan then bila buka pula melantak muratabak,soya,ayam,nasi goreng kampung la..yang takkleh blahh tu,after terawih pun ada jamuan.Hahah.Bapak la kembung perut.Ish ish.

Disini,aku nak ajak kawan-kawan semua fikir balik apa tujuan kita berpuasa ni??

1/Ya,berpuasa ada dalam rukun islam yang ke-tiga.Which is wajib!Kalau tak buat apa hukum nya?Berdosa.Kecuali bagi wanita yang datang haid,bagi mereka yang kerja berat-berat,senang cerita,kes-kes yang boleh memudharatkan diri. *Korang dah besar :p

2/Untuk kita sesama merasa penderitaan bagi fakir miskin yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Ya,ustazah ada ingat kan aku hal ini.Memang sayu rasanya bila terkenang kan mereka.So,jangan la complain "lapar,lapar,lapar" time puasa.Sebulan je pun...

*aku bagi 2 je.Yang lain fikir sendiri.

Akhirulkalam,takde hal la kalau bulan puasa ni nak buat 2 in 1.Sambil beribadah sambil menurun kan berat badan.Tapi jangan sampai terlari niat kita tu ya.Ingat,kita puasa untuk menjalani rukun islam ke 3.Bukan fokus kat diet ye.Jangan sampai sahur ciput je,then buka pun ciput.Biar lah seimbang ;)

*Memang tak leh blah aku nampak ada 2 ekor budak lelaki naik motor sambil minum sirap depan aku,Kau fikir aku heran ke?Anak siapa kau?

2 comments:

Anisa Hang Tuah said...

do not make the mistake of fasting with the intention to diet.

That is one of the biggest mistakes.

and

Fasting is an act of worship and can only be for the sake of Allah alone

SHINeelany said...

iSLAM KE YG MELANTAK SIRAP TU?hahaha.penuh buku kiri dorg yaa~