4.9.12

Aku anak penjual kuih je

Peace Be Upon You


Ehemmm ni Umi aku masak jualan kat Bazzar Ramadhan.Ya kawan-kawan,saya ni anak penjual kuih je.Swear.Kadang-kadang bila pergi mana-mana mesti ada yang syak wasangka aku ni anak Dato' la,anak Tan Sri la takpun keturunan Diraja(perasan).Memang nak ukur harta tengok muka ke.Haih.Aku rasa baju aku beli kat bundle je.Handphone pun torchlight.Bukan macam you olls boleh pakai online kat kepsi.Takde BBM atau Wassup. <-- betul ke eja tu??

Ya,sekali lagi aku cakap.Aku ni anak penjual kuih.Hari-hari bangun pukul 5 pagi tolong mak bungkus kuih.Tiap-tiap malam aku amek tender potong plastik kecik-kecik.Kalau petang pulak basuh loyang-loyang.Tu pun kekadang Umi yang basuh.Tu harian je,kalau ada orang order.Fuhhh banyak kerja.Ni tak masuk dengan house chore dengan study + homework kan?

Kalau korang baca perenggan kedua,seolah aku lah orang paling busy dan penat.HAHA.Tidak sama sekali.Umi lah orang paling busy.Umi tidur pukul 11 lebih buat kuih yang dikukus and bangun lagi 4 pagi nak buat kuih yang kena goreng macam karipap ke,kuih gulung ke.Walau macam mana penat pun,Umi tetap strong nak kerja kan kuih-muih tu.Dan bila aku mengeluh buat kerja,Umi cakap :

"Ini semua untuk kesenangan korang jugak"

Sebak je bila dengar Umi cakap camtu.Betul jugak,dengan bil astro la,internet tak masuk lagi aku yang mengada nak beli barang-barang peribadi.

Alhamdulillah sekarang tender buat kuih Umi dah maju.hikhik. (bermakna,banyak lagi kerja.HAHAH) Sekolah aku pulak mintak Umi buat kuih untuk dijual pada waktu rehat.Hah.Bangga sokmo.Aku bukan nak show off,tapi aku sendiri rasa kuih mak aku sedap.Opsss,sorry kalau tak suka dengan statement tu.hehe.

Apa pun perkerjaan parents kita,asal kan halal kita patut bersyukur.Tak perlu malu kalau orang cakap-cakap pun.Nak carik duit bukan senang ye kawan-kawan.

Akhir kata,selalu la menunaikan Solat Dhuha.Solat Dhuha ni membuka pintu rezeki.Bukan susah sangat.Tak tau?Google la.Saya kesuntukkan masa ni.Heheh.

:)

P/S : Tak lupa jugak nak cakap.Bukan aku je nolong Umi.Termasuk adik aku dan abang.Dan yang paling penting,Papa yang memarut ubi.Sumpah aku cakap parut ubi sehari 30kg tu penat!Walaupun sekali seminggu.PEACE.

6 comments:

Anonymous said...

Jual kuih bukn bnde salah pon kn? so wtpe nk malu nyerr (:
yeah! kueh mak kau buat memg sedap lew! aku nk karipap sardin eah (;hahaha

safiah sokher said...

Karipap sardin.erk.

#thelagidanlagi said...

nie baru real..
gua suka beb kuih2 kat atas tuh .


+2 lepat liat.

safiah sokher said...

Mesti la.kuih tradisional.hehe.Trimas!

Kuih lepat sekali sekala je.

ajax85 said...

bnyknya kuih..hehehehe..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

safiah sokher said...

TQ Man.Insyallah:)