5.2.12

Salam Maulidur Rasul 1433H

Peace Be Upon You.

Alhamdulillah,pada hari ni,kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup oksigen-oksigen dan mememijak tanah di muka bumi ini.Cuba pandang langit,masyallah,cantinknya warna putih-putih biru kan?Itu semua ciptaan Allah S.W.T yang satu untuk umatNya.

Hari ini aku amek peluang dan inisiatif untuk digging semua artikel yang berkaitan Islam.Asyik busy je kan,hari ni takde excuse lagi.Now playing pun Maher Zain-Ya Nabi dan ia memperingatkan kita tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.Oleh itu,marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

"Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim"

Banyak pahalanya :) Aku suka sangat berarak round padang sekolah sambil berselawat.(Ok,walaupun panas terik,memang aku ngadu pasal terik matahari.Tambahan pulak,aku ni puteri lilin,wuhuuuu.)Tapi apa yang penting disini,kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kengkawan,guru dan dengar ceramah ustaz/uztazah jemputan.Hehe.Tapi kalau nak ikut keseronokan di sebaliknya ialah,cuti sekolah kot.Hahah.Pemikiran budak tak matang :p

Nak menulis pasal agama,aku tak gheti sangat.Lagipun,aku tak berapa arif hal agama tetapi tidak lah begitu jahil.Alhamdulillah.Aku di didik dengan didikan agama di rumah dan asrama.Paling ketat sekali kat asrama la.Hauhaauahuaaua.Ok,balik pada topik,aku suka pada satu artikel ni dalam laman web iluvislam.com.

*Jemput baca*

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.

Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

..................................................

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

- Artikel iluvislam.com

P/S: Yang baik itu datangnya dari Allah,manakala yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. :)

4 comments:

F. said...

salam maulidur Rasul.. !

p.s: adek pnyer kot yg problem.. btw, its ok :)

safiah sokher said...

*Tu la pasal kan. :(

Trimas kak :)

Anisa Hang Tuah said...

salam maulid saffy!

safiah sokher said...

Trimas Kak Nis.Miss u