6.6.11

Syok nye jadi baby balik.

Peace Be Upon You :)
Tengok je baby kat atas ni,teringat pulak time aku kecik.Sebijik camni lah.Cuma warna mata je,entah la tak tau kenapa bila dah besar panjang ni tukar warna hitam pulak.Rambut pulak dah besar ni aku dye hitam.Tak caya?Tanya Hantu Kak Limah.Kuangkuangkuang.

Ingat tak time kecik2 dulu seronok je.Tak payah fikir pape pun.Hehe.Plus time baby dulu,kalau rengek kuat mana pun,semua tetap cakap comel.Kalau nak apa je dapat.Bilik tidur pun warna warni and decoration semua ceria-ceria je.Then sesape yang masuk mesti cakap "waaa cantik la bilik dia."Tengok,free-free je kena puji.And,barang-barang baby sekarang dah upgrade woo.Dulu aku pakai lampin yang kain je,skang ni pampers yang macam spenda tu ha.Senang,tak payah berpin-pin bagai,sarung je.Makanan baby pun sekarang dah bagus-bagus semuanya thats why banyak baby genius2 dah.

Yang syok nye,senyuman kita yang ciput ni pun boleh meceriakan seluruh rumah.Macam memberi kebahagiaan yang bermakna dekat semua orang. :) Kalau orang happy,kita 20 kali ganda happy kan?Then ramai nak snap gambar dengan kita.Hehe.Cam artis pulak.Malu laaaa.Lagi pun sentiasa ada orang orang yang jaga kita.Sayang kita,protect kita.Except orang giler je yang tak suka dengan baby.Huhu.Dan perasan tak baby kita ni cepat belajar benda baru?Kenapa?Time tu kita takde dosa lansung.Hati suci murni je.Plus,kanak-kanak yang belum mubaligh ni kan di pelihara oleh Nabi.Orang cakap,kalau meninggal pun,terus masuk syurga.Amin.

Aku post ni bukan aku perasan baby ke atau nak jadi baby balik..Cuma terkenang pada zaman tu.Seronok.Tapi tak semua cerita time kita baby ni indah.Ada baby yang bertuah,hidup dalam keluarga yang bahgia,serba mewah,disayangi.Ada pulak,hidup dalam kesusahan,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Then barang-barang pun macam tak cukup je,baju pun sikit.Tapi ada yang lagi sedih,baby yang kena buang.Baru je nak tengok dunia ni.Baby dah berazam dah besar nanti nak jaga ibu and ayah tapi sampai hati ibu buang kita.

Time baby,siapa yang jaga kita?Papa?Mama?Maid?Pengasuh?Nenek?Tak kira la sape pun.Actually jaga baby ni agak payah jugak.Sebab kalau dia merengek,kita tak tau apa sebab.Maybe dia nak tidur?Dia nak susu?Dia sakit perut?Kan dah jadi macam soalan objektif tu.haha.And duit yang dibelanjakan untuk beli barang-barang baby pun banyak jugak.Susu je dah berapa dah?Lampin lagi.Tambah pulak ada sakit.Fuhhhh.Haritu anak buah aku demam.Ubat dia je dah RM100 lebih.Hmmmm.And back to the point,aku sebenarnya nak ajak korang untuk appreciate balik,sesiape je yang jaga korang time kecik-kecik dulu.Maybe time umur remaja camni tak terasa sangat,cuma bila kita dah kahwin nanti,ha tau la.(Hey,pehal aku gaya cam dah kawen lak ni!)

P/S:teringat kat arwah nenek belah mama aku.Doa kan dia tenang di alam sana.Al-fatihah
P/S:Dulu,after dia meninggal,aku jumpa ada sorang nenek ni rupa dia macam nenek aku.Then orang tu tengok je aku.Entah camne tetibe hilang nenek tu.

4 comments:

Anonymous said...

anak buah yg mana ek?haha...-FF

safiah sokher said...

sapekah FF?adakah Fifi Firdaus along ku?

SHINeelany said...

ur last sentences tu betul ke? *pasal nenek yg tetiba hilang gitu jeh?

aku still baby :P

safiah sokher said...

of kos it is.when I was veryyyyyyy little