30.4.11

Bicara Masa Depan (Khas untuk SPM leaver yang buntu)

NAH... AKU CURIK TUK DIKONGSI......

*khas tuk korang.... huhu


Baiklah,kita berada di sekolah selama 11 tahun bermula dari Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Lama bukan? Dan selama itu juga kita disuapkan dengan kerjaya yang hebat dan professional yang menjanjikan kerjaya yang bagus = gaji yang tinggi = hidup senang.

...
Dan doktrin yang ditanam dalam minda pelajar secara tak langsung adalah :

Belajar pandai-pandai + SPM cemerlang + Masuk university + Graduate = Kerja bagus + gaji masyuk

Minda seperti inilah yang membuatkan para pelajar kita tertipu,diperbodohkan dan diperbudak-budakkan. Anda bukan lagi anak kecil sekolah rendah tetapi sudah berusia 17 tahun dan anda perlu mencorak masa depan anda sendiri. Dan dalam mencari ‘masa depan’ anda itu,ramai yang menyesal dengan jalan yang diambilnya selepas SPM.

Silap kita

Selepas SPM,peti surat kita akan dipenuhi oleh senarai IPTS yang menawarkan pelbagai jurusan dan pakej pendidikan yang mereka tawarkan untuk anda memilih mereka. Kita diumpan dengan tawaran pinjaman PTPTN,computer riba, dan yuran semester yang rendah. Dan ayat yang paling tak bleh blah adalah : Pelajar kami menjadi buruan syarikat selepas graduate. Pelajar kami mendapat kerjaya hampir 100 %.

Nasihat tidak profesional saya adalah,JANGAN MASUK IPTS walaupun result anda paling tercorot di muka bumi ini! Mengapa ?

p/s-Jawapannya di akhir artikel ini

*****

Diploma/STPM atau Ijazah ?

Masyarakat kini lebih memandang pada lulusan ijazah. Bagi mereka Ijazah akan memberi pekerjaan yang lebih baik dan tangga gaji yang lebih kompetitif. Dan disebabkan ingin mengejar Ijazah,ramai yang memilih untuk memasuki Matrikulasi/Foundation/Asasi. Ini merupakan jalan singkat untuk anda ke Ijazah. Harapan kita adalah untuk menjimatkan masa dan cepat bekerja dan mendapat duit gaji.

Ini pemikiran yang tidak berapa bagus.

Saya lebih berat pada memilih diploma atau STPM. Banyak kelebihan sebenarnya jika kita memilih diploma dahulu sebelum skip ke Degree..

A- Silibus Diploma tidak sesukar Matrik/Asasi.

Matrik agak susah buat sesetengah orang.Anda perlu catch up dengan pelbagai perkara dalam jangka masa yang singkat. Tidak ramai yang mampu untuk mendapat CGPA yang memuaskan untuk masuk ke jurusan yang mereka minat dengan CGPA yang tidak bagus. Diploma pula lebih santai dan tidak perlu kalut-kalut untuk belajar.

Di matrik ,anda perlu terkejar-kejar dengan assignment yang ntah apa-apa untuk anda siapkan dalam jangka masa yang padat. Jika anda boleh catch up,saya tidak menghalang anda untuk ke matrik/asasi.

Diploma pengajiannya lebih relax dan lebih kurang sama seperti SPM. Ada lebih banyak masa untuk santai-santai.

p/s- awek matrik ramai yang cun melecun.

B- Peluang kerjaya lebih cerah

Sekiranya anda memilih Diploma,syarat untuk tips ini adalah,anda tidak boleh malas dan tidak boleh terikut-ikut dengan perangai rakan-rakan yang mahu enjoy di masa muda. Mengapa saya berkata demikian ?

Kebiasaannya,Diploma memerlukan jangka masa 3 tahun untuk dihabiskan. Dalam jangka masa itu,anda boleh bekerja sambilan untuk mendapat pengalaman disamping sedikit duit gaji. 2 tahun pengalaman sudah memadai untuk anda lebih nilai daripada lulusan Ijazah yang sama course dengan anda.

Kemudian,setelah graduate Diploma,anda boleh memohon untuk Ijazah,pasti anda akan mempunyai nilai tambah yang lebih bagus kerana anda ada sijil Diploma,pengalaman kerja dan Ijazah. Majikan lebih memandang anda berbanding budak-budak Ijazah yang baru graduate tu.

Sebagai contoh – Anda ambil Diploma seni kulinari dan telah bekerja di restoran untuk jangka masa 2 tahun. Pasti kemahiran kerja anda lebih bagus dan ada skill yang tersendiri untuk anda tunjukkan pada majikan ketika di interview.

Ingat,syaratnya anda mesti bekerja sambilan ketika sedang ambil Diploma.

P/s-awek university memandang enteng pada lelaki Diploma

C- Sijil Diploma ada ‘Nilai’

Sijil Diploma mempunyai nilai pasaran untuk anda tunjukkan ketika ditemuduga. Makna mudahnya sijil itu laku untuk anda memperoleh kerja. Ada orang tunjukkan slip keputusan Matrik/ Asasi untuk memohon kerja ker? Tiada bukan.

Walaupun kini,ramai yang memandang pada Degree sewaktu permohonan kerja,tetapi jika anda melaksanakan tips di B, saya pasti anda lebih berkeyakinan untuk memohon sesuatu pekerjaan. Kerana pengalaman kerja mengajar anda.

Kalau sijil matrik ? jangankan pengalaman kerja,belum tentu orang nak pandang sijil itu pun kerana anda ke sana untuk BELAJAR bukan untuk menyediakan diri dalam alam pekerjaan.

Universiti atau lain-lain tempat ?

Kebanyakkan dari kita telah disematkan di minda bahawa menara gading itu adalah UNIVERSITI. Walhal banyak lagi tempat pengajian yang boleh dikategorikan sebagai pengajian selepas SPM. Tetapi minda stereotaip kita adalah mesti masuk Universiti selepas habis SPM. Mengapa? Sebab tak nak pakai baju sekolah…hoho.

Universiti merupakan institusi pengajian tinggi yang disediakan untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma,Ijazah,Sarjana dan pelbagai lagi. Selain university,banyak lagi tempat untuk anda tuju seperti :

1- Institut Pendidikan Guru

2- Kolej Kejururawatan

3- Giat Mara

4- Kolej Komuniti

5- Institut Kemahiran Mara

6- Institut Latihan Perindustrian

Sebenarnya,ramai dari kita memandang sebelah mata pada pusat pengajian sebegini. Menganggap bahawa ‘mereka-mereka’ yang berada di sini sebagai kelas kedua. Tetapi tahukah bahawa mereka yang berada di sini telah terjamin masa depan mereka berbanding dengan pelajar university yang belum tentu memperoleh pekerjaan selepas graduate kelak.

Sebagai contoh,Institut Pendidikan Guru dan Kolej Kejurawatan,mereka ini pasti memperoleh pekerjaan di dalam bidang yang mereka pilih. Kerjaya mereka memang telah tersedia. Cuma perlu belajar hingga tamat aje.

p/s-mereka ini mendapat elaun tiap-tiap semester. Budak U yang dapat biasiswa tu ada la elaun. Yang PTPTN ?

Minat atau ‘dah dapat itu ajer’??

Ini satu lagi masalah yang terjadi kepada para pelajar. Rata-rata rakan saya apabila ditanya mengapa dia memilih jurusan itu ?

Jawapannya adalah “ dah dapat tu ajer,aku masuk la”

Ini menunjukkan bahawa matlamat mereka telah terpesong. Mungkin dia mahu menjadi seorang akauntan,tetapi sekarang sedang belajar di Maktab Perguruan. Dan mereka yang membiarkan nasib yang tentukan perjalanan SELEPAS SPM ini adalah pelajar yang tiada cita-cita yang jelas. Hingga dapat result SPM pun masih tertanya-tanya apakah yang dia mahu jadi kelak.

Untuk rakan yang lain,yang mempunyai cita-cita yang jelas,mereka memang target untuk masuk ke sebuah institusi itu sahaja. Mereka tidak akan memohon sana-sini untuk perjalanan karier mereka. Minat yang tinggi mendorong mereka untuk menjadi apa yang mereka mahu jadi.

Minat anda terhadap sesuatu jurusan boleh dipupuk dan anda juga perlu tahu,minat juga boleh pudar. Jika anda telah lama meminati bidang ketenteraan,sudah pasti anda akan menyertai PALAPES tanpa rungutan sedikit pun berbanding rakan anda yang menyertainya untuk mendapat sedikit wang. Anda faham maksud saya ?

p/s-pelajar yang ada cita-cita untuk menjadi GURU tidak akan memohon untuk memasuki Kolej Kejururawatan,manakala pelajar yang tiada hala tuju akan isi semua borang permohonan yang ditawarkan.

Kemahiran VS Sijil ?

Mana lagi bagus ? Mempunyai kemahiran atau mempunyai sijil? Bagi pendapat umum menyatakan bahawa pada masa kini,kemahiran adalah asset untuk anda berbanding sijil. Kerana apa ?

Beratus ribu orang mempunyai SIJIL tetapi hanya segelintir sahaja mempunyai kemahiran.

Di sini,kemahiran memberi pengertian yang luas. Kemahiran dalam diri masing-masing seperti kesenian,bahasa,kerja dan sebagainya. Majikan lebih memandang pada kemahiran berbanding mempunyai sijil semata-mata. Oleh itu,ketika sedang menjalani Diploma mahupun Degree,jangan segan-segan untuk meminta kerja walaupun kerja kasar sekalipun.

Sebagai contoh,kerja membaik pulih kenderaan. Anda mengambil jurusan design,tetapi tiada pengalaman kerja dan kemahiran. Hanya sijil ?

Ketika sedang belajar tu,jadikan kerja sambilan sebagai batu loncatan untuk anda memenangi panel penemuduga. Dan dukacita dimaklumkan bahawa di Universiti,kebanyakkan kursus yang ditawarkan adalah berlandaskan kepada SIJIL semata-mata walaupun ada latihan industry ketika di hujung semester pengajian.

Tanya fikiran anda,mana yang lebih penting buat anda.

P/s-Lihat pelajar di IPG,mereka ini menjadi guru pelatih secara live di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Untuk pelajar akauntan ? mereka akan membuat latihan di institusi kewangan. Sekolah di Malaysia ada beribu lemon,institute kewangan ada berapa yer?

Kerjaya professional atau kerja biasa-biasa ajer ?



Sejak dari sekolah,kita bercita-cita untuk menjadi Doktor,Engineer,Arkitek,Pilot dan pelbagai lagi pekerjaan yang nampak professional di mata kita sebagai seorang student. Tetapi dengan kepesatan teknologi masa sekarang, anda tidak boleh menyebut mahu menjadi doctor begitu aje. Apakah pengkhususan anda?

Technician? Nampak selekeh dan saya pasti anda pun tidak bercita-cita untuk menjadi kerja technician tu. Tapi kalau disebut technician avionic system kapal terbang AirAsia,technician navigation system kapal MISC atau technician data recovery system untuk bank. Ada sesapa yang terkesima?

Ingat,sekarang ini tiada lagi kerjaya professional mahupun kerjaya second class. Dan saya tak nafikan sesetengah kerjaya memerlukan seseorang itu untuk mempunyai kelayakan untuk jawatannya. Seperti Doktor. Mereka ini perlu belajar untuk menjadi seorang doctor. Maksud mudahnya,kerjaya professional masih wujud di kalangan kita jika dilihat dari sudut ilmiah. Jika anda memandang dari sudut gaji,percayalah bahawa peniaga pasar malam mampu memperoleh gaji berlipat ganda dari seorang doctor. Sebenarnya,hanya segelintir sahaja,tetapi jangan memandang enteng pada pekerjaan lain di mana mereka ini memperoleh pendapatan yang lebih besar berbanding kerjaya professional yang ada.

p/s-kerjaya professional ini famous sebab hanya yang diiktiraf saja layak untuk memegang pekerjaan itu. Hanya segelintir sahaja layak untuk menjadi Pilot,Doktor dan Engineer.

*****

Jangan anda ke institute pendidikan swasta untuk menyambung pengajian anda disebabkan oleh result keputusan anda yang teruk itu. Seboleh-bolehnya jangan membelenggu diri dengan hutang PTPTN yang tinggi untuk membayar yuran pendidikan di samping perkara lain.

Ingat,tiada jaminan 100 % bahawa selepas anda graduate,anda akan ditawarkan ke alam pekerjaan melainkan sesetengah condition seperti mendapat tajaan syarikat,SPA,biasiswa dan sebagainya di mana anda telah terjamin untuk bekerja dengan majikan anda seperti student Universiti Teknologi Petronas.

Dan anda juga harus ingat,IPTS merupakan sebuah badan yang ditubuhkan berorientasikan keuntungan melalui pendidikan. Saya tidak kata salah untuk anda ke sana,tetapi lebih elok sekiranya anda ke IPTA.

Anda sudah 17 tahun dan mampu berfikir sendiri apa itu baik dan apa itu buruk. Dan anda juga tahu ‘jika buat begini akan jadi begitu,dan jika buat begitu akan jadi begini.’

Pokok pangkalnya,anda yang tentukan sendiri arah mana yang anda mahu redah untuk mencorak masa depan anda. Orang lain hanya boleh memberi sinar panduan sahaja. Tepuk dada,Tanya diri sendiri.

6 comments:

safiah sokher said...

terkesima aku

Anisa Hang Tuah said...

all the best
:D

SHINeelany said...

Fuh,nampak beno kau copy paste benda ni
terkesima aku membacanya
panjang pun panjang,belit-belit pun Iya
ada few words di atas yg mcm kena tempias kat aku sikit.HAHAHA

safiah sokher said...

Kak Nis : TQVM

Lany : mmg aku copy paste pun..

Hansyirah Takezur said...

kena bookmark nie..
ehehe..
thanks! :D

safiah sokher said...

u're welcome Hansyirah :)