20.8.10

Kemalangan Ketika BerSMS semasa memadu

Gotta read this.Ini ialah sedutan dari buku yang bakal terbit Insyallah pada oktober by my dad,Encik Mohamad Sokher Bin Saaban :)

STOP, LOOK, GO.
Salam sejahtera.
Pelik tapi benar.Ni dah tahu dah lambat ni, tapi sanggup berpatah balik. Cadangnya hari isnin ini, nak mulakan azam baru, nak awal punch card. Isnin minggu pertama. Baru dapat bonous prestasi pulak tu.Alamat merah la punch card hari ni.Begitulah sebahagian dari kita, biar tertinggal MYCARD tak mengapa asalkan tidak tertinggal telefon bimbit. Sebahagian besar dari kita akan menjadi resah dan serba tak kena jika alat telekomunakasi itu tidak bersamanya. Seolah-olahsesuatu yang cukup penting didalam hidup mereka.Bukan sahaja satu, malah sebahagian dari mereka memiliki dua atau tiga atau lebih telefon bimbit.Tambahan pula, untuk memiliki kad pra bayar terlalu amat mudah, seolah-olah seperti tisu yang boleh dipakai dan buang sahaja.

Apabila kita sedang memandu, sedarkah bahawa menggunakan telefon bimbit itu satu kesalahan? Walaupun peringatan telah banyak kita dengar, lihat atau baca. Tikiralah samada di media cetak atau eletronik.Sebaliknya, berapa ramaikah diantara kita yang mematuhinya atau mengabaikanya? Terutama apabila telefon bimbit kita berdering. Tidak kiralah samada ada panggilan, sms, email dan sebagainya.Kesedaran bahawa menggunakan telefon bimbit sewaktu kita memandu boleh mendatangkan risiko kemalangan kerana diwaktu itu kurangnya penumpuan kepada pemanduan kita.Membaca atau membalas kiriman pesanan rengkas adalah lebih merbahaya daripada kita menjawap panggilan telefon.Kajian juga menunjukkan bahawa membalas atau mengetik sms adalah lebih merbahaya daripada memandu ketika sedang mabuk akibat pengaruh alcohol atau dadah.Dengan kecanggehan teknologi pembuatan kereta, kekadang kita tidak boleh merasakan kelajuan 110kmj apabila kereta kita dipandu, kecuali kita melihat speedometer di panel kereta kita.Memanglah apabila kita memandu, kita merasakan seperti duduk di sofa di rumah kita walaupun kereta itusedang bergerak selaju 110 kmj. Sebenarnya kita yang berada didalam kereta itu, pun sama bergerak selaju 110 kmj juga. Bayangkan dengan hanya satu kesilapan kecil sahaja ketika kita memulas stering?Renungkanlah dan bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada diri kita, keluarga kita, penumpang kita dan mungkin mereka yang tidak bersalah diluar kereta kita hanya disebabkan satu kesilapan kecilyang kita lakukan.Sikap sambil lewa atau sikap tak apalah ini yang akan mendatangkan malapetaka semasa kita memandu sambil menggunakan telefon bimbit.Tak kena, tak apa. Kalau dah kena, nak kata apa?

Pada pertengah tahun lepas, satu berita kemalangan yang tidak dilapurkan di akhbar, tetapi sempat diceritakan kepada saya oleh seorang kakak mangsa.Adik lelakinya menenui ajal ketika menunggang motorsikalnya.Beliau terlibat dalam kemalangan dan mati ditempat kejadian. Beliau membalas sms kakaknya sambil menunggang motorsikalnya. Lebih memilukan, telefon bimbit yang baru dibelinya semalam masih tergengam kemas ditangan adiknya walau pun beliau sudah tidak bernyawa.Ditelefon bimbitnya masih terdapat sms yang separuh ditulis dan belum dihantar lagi.

Jika tidak silap pada ingatan saya, apabila berlakunya satu kemalangan itu, telefon bimbit kepunyaan pemandu juga akan diperiksa atau dijadikan bahan siasatan samada pihak polis atau insuran. Walaupun telefon bimbit itu telah rosak sama sekali, tetapi datanya masih tersimpan di syarikat pembekal telekomunakasi. Maka apabila siasatan menunjukkan bahawa anda sedang menggunakan telefon bimbit sewaktu dan menyebabkan kemalangan, berkemungkinan besar anda tidak dilindungi oleh pihak insuran.Siapakah yang rugi?

Ungkapan beringat sebelum terkena sering kita dengar. Dan kita sering ingat pesanan itu. Tetapi mengapa bila telefon bimbit kita berdering kita sudah tidak ingat kepada peringatan itu?Ya lah.“Ingatkan tak apa”. Alasan.“Ingatkan sekejap je”. Alasan.“Ingatkan ada perkara penting”. Alasan.“Saya tak ingat”. Alasan.
Janganlah sampai, “aku masih teringat-ingat kemalangan tu, aaku cuba tak nak ingat, tapi teringat gak. Macamana aku nak buat nak jangan ingat benda itu lagi? Kau ingat macamana?”Ketika ini anda sudah terlambat.Peringatan ‘ingat sebelum kena’ itu sudah tidak bermakna langsung.

Sekiranya benar-benar penting untuk kita menggunakan telefon bimbit, apasalah kiranya berhentilah di tempat yang selamat dan gunakanlah alat perhubungan itu sepuas-puasnya. Selepas itu, teruskanlah perjalanan kita.
Tidak semestinya orang yang bernama Selamat itu, selamat apabila menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Hari ini mungkin kita selamat dari malapetaka.Bagaimana pula dengan esok? Lusa? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan?

Memang benar ungkapan malang tidak berbau, tetapi percayalah, apabila telahberlaku kemalangan, bermacam-macam bau akan keluar.Cuma sanggup atau tidak untuk kita menghidunya sahaja.

Hak cipta.© DRS. SHUKUR 20 Ogos.2010
MOHAMAD SOKHER BIN SAABAN.NAIB PENGERUSIMALAYSIAN ASSOCIATION FOR THE BLIND CYVER CLUB(MABCC)
Note.Diatas adalah sebahagian daripada isi kandungan buku saya yang akan terbit insyallah pada penghujung Oktober tahun ini.Terima kasih.

No comments: