15.11.12

Terumbu Karang

Peace Be Upon You :)

Entri ini khas untuk semua student tingkatan 6 yang nak amek STPM 19 Nov untuk subjek Pengajian Am Kertas 2 nih.Terumbu Karang ni salah satu topik target.Lagipun soalan ni keluar untuk Trial Melaka 2012.Target pun..apa yang penting PAHAM SOALAN.

Soalan :

Terumbu karang merupakan khazanah semula jadi yang membentuk ekosistem marin dan nyata mempunyai banyak kepentingan.Namun,hidupan ini terus diancam oleh pelbagai aktiviti manusia.Bincangkan.

Pendahuluan
-Terumbu karang merupakan khazanah alam semula jadi yang tidak ternilai dan membentuk kompenen terbesar dalam ekosistem marin.
-Hidupan ini semakin terancam akibat pelbagai aktiviti manusia.

Isi
Kepentingan terumbu karang
1.Habitat kehidupan marin

  • Kawasan terumbu karang merupakan habitat bagi kehidupan marin seperti ikan dan udang.
  • Struktur kawasan terumbu karang yang dapat menahan pukulan arus dan ombak menjadikan satu kawasan yang selamat serta sesuai sebagai tempat pembiakan hidupan marin.
2.Benteng semula jadi

  • Kawasan terumbun karang bertindak sebagai benteng semula jadi untuk menahan pukulan arus dan ombak.
  • Mengurangkan kadar hakisan pantai 
Punca ancaman ke atas terumbu karang
3.Pencemaran laut

  • Pembuangan sisa toksik ke dalam laut menjejaskan pertubuhan terumbu karang
  • Tumpaham minyak daripada aktiviti mencari gali minyak dan kemalangan kapal menjejaskan kehidupan terumbu karang.
4.Ujian senjata nuklear di dasar laut 

  • Ujian senjata nuklear yang dijalankan di kawasan terumbu karang membawa kemusnahan
  • Letupan senjata nuklear yang membebaskan sisa radioaktif boleh meracuni terumbu karang
Penutup
-Terumbu karang merupakan kehidupan yang unik dalam ekosistem marin
-Pelbagai pihak harus memastikan kehidupan terumbu karang terus terpelihara demi kestabilan ekosistem marin.

SELAMAT BERJAYA ^^

1 comment:

Anonymous said...

fuhhhh