15.3.12

Memori Penuh

Perempuan itu
Terlalu banyak menyimpan gambar
Gambar yang diketik oleh matanya sendiri


Lalu memenuhkan memori
Sayang.
Memori itu yang melukakan hatinya
Gambar yang disimpan ditatap
Menjadi semangat untuk terus mengumpul gambar
Kenapa.
Gambar yang ketiknya lately hambar?
Kenapa.
Masih menyimpan gambar
Kerana memori itu bisa memberi harapan baginya
Harapan untuk terus mengetik gambar yang ceria
Mungkin dengan sedikit kesabaran
Dia akan dapat picture perfect nya.
Insyallah.

Namun,gambar hanya gambar
Walau bagaimana kita edit
Yang benar itulah dia
Orang lain tak nampak.
Tapi perempuan itu tahu apa kecacatan setiap gambar yang di edit

Haruskah dibakar sahaja gambar itu?
atau tukar memory card yang baru?
Ya.Dia akan buat salah satu
Jika tidak ada yang menghalang
Walaupun hatinya tak rela.

Kerana.
Memori itu melukakan hatinya.

No comments: