13.11.11

Pertunangan saya :)

Peace Be Upon You

Cuti sekolah lagi seminggu.So saya dan partner saya yang tercinta decide nak tunang dalam bulan 12 ni.Ya,aku tau aku muda lagi,tapi aku rasa lebih baik kalau aku ikat hubungan aku ni dengan "ehem".Lagipun,tunang je.Ada je orang sebaya aku ni dah kahwin.Hihi.Aku paham,cabaran orang bertunang tu lagi besar.Papa & Umi pun dah ingatkan.Kami akan buktikan,cinta kami kekal sampai tua.Insyallah.Korang doakan kitorang tau :)


B,Tak perlu bagi cincin besaq ni.


Hmmm rasa tak?Rasa cam kena tipu hidup-hidup.MUAHAHAHA.Okay,sorry sorry sorry.Actually aku jumpa something yang interesting tau.So here,aku siap C&P ha.Baca tau!
Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?
Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

... Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.
Hmmm.Kalau betul la.Kira memang aku tengah tunang la ni.Tapi tunang aku dah lari.Haishhh.Relaks,tunang je pun :p

Highlight sikit kat stament ni :

... Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Wow,aku sure sesapa yang pernah berkapel,berskandal pun pernah cakap gini.So,Berhati-hati ya :D. Takleh blah,aku dengan dia siap kasi bagi nama anak kitorang.(Kunonnya) HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Tapi aku rasa kalau aku bagitau benda ni kat kengkawan mesti dorang cam caya/tak caya sebab aku pun tengah tak percaya ni!

6 comments:

Unknown said...

hah? ak terkejut biawak.

Miss Red said...

wow pas nie terus nikah je (^_^) all da best..

Nursya Mohamed Hariri said...

tak sabar nak kawin ni :D

safiah sokher said...

Aten : Jangan terkezuttt.Baca dulu.Eheh

Miss Red: Tak mau nikah!Nak belajar dulu.

Sya: Mana ada :p

Unknown said...

da bace. congrats :)

Unknown said...

d baca d pia.
tahniah !